Carian
Microsoft Menjana Sehingga $444 Juta Setahun Melalui Jualan Peranti Android
September 30, 2011 Aman

Mungkin ramai yang sedia maklum yang mana beberapa pembangun peranti Android membayar pihak Microsoft disebabkan oleh beberapa isu paten. Menariknya adalah dimana ia kini dilaporkan Microsoft menjana pendapatan sehingga lebih $444 juta setiap tahun melalui perkara ini, salah satu angka yang amat tinggi.

Ia dilaporkan yang mana Microoft menjana dan menerima antara $3 hingga ke $6 untuk setiap peranti Android yang terjual. Perkara ini selari dengan laporan sebelum ini memperkatakan yang mana HTC membayar sehingga $5 untuk setiap peranti Android yang terjual oleh pihak HTC.

Sebelum ini, Microsoft dan juga Samsung turut sama telah menandatangani perjanjian paten dan hak cipta untuk peranti Android, yang mana akan menambah lagi pendapatan sedia ada Microsoft.

Walaubagaimanapun, angka ini semestinya masih kecil untuk Microsoft, daripada kesan pegangan pasaran peranti Android kepada Windows Phone.

Komen