Dalam membawa privasi ke tahap yang lebih tinggi, hari ini FourSquare telah mengemaskini beberapa perkara pada laman mereka. Seperti sedia maklum, ramai yang gemar akan daftar lokasi di rumah mereka, yang mana mendedahkan kepada beberapa perkara yang berbahaya. Mengambil berat perkara ini, FourSquare telah pun melakukan beberapa kemaskini pada perkhidmatan mereka.
Bermula hari ini, hanya pengguna yang membuat lokasi tersebut, dan rakan-rakan mereka sahaja dapat melihat lokasi-lokasi yang dilabelkan sebagai “Home” pada FourSquare. Dan sekiranya pengguna lain melihat lokasi tersebut, ia hanya akan memaparkan peta kawasan, tanpa sebarang pin menunjukkan lokasi yang tepat.
Dengan pengenalan perkara ini, semestinya ia akan membawa lebih privasi dikalangan pengguna FourSquare, dan mereka tidak lagi akan teragak-agak untuk mendaftar masuk di kawasan rumah mereka.