Cari @ Amanz

Dengan dunia web yang kini lebih ke arah masa-nyata, kini Google turut mengemaskini perkhidmatan statistik percuma mereka, Google Analytics, dimana salah satu fungsi baru yang diperkenalkan hari ini adalah sokongan statistik masa-nyata, membolehkan para pembangun web mengetahui keadaan dan pelawat semasa mereka dalam masa-nyata.

Seperti sedia maklum, data masa-nyata amat penting pada masa sekarang ini, dimana ia akan membolehkan para pembangun sesuatu web itu mengetahui apakah yang berfungsi, dan apa yang perlu diubah, selain masa dimana pelawat mereka aktif dan sebagainya dengan mudah.

Fungsi statistik masa-nyata ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua oleh Google bermula hari ini, dan untuk menggunakannya, para pengguna perlu mengaktifkan Google Analytics versi baru terlebih dahulu. Selain pada itu, bagi mereka yang berminat untuk menggunakannya serta-merta, anda boleh mendaftarkan minat pada halaman khas yang disediakan Google, dan menikmati fungsi tersebut serta merta.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd