Carian
Kini Anda Boleh Memuat-Turun Gambar Dalam Saiz Asal Daripada Google+
September 30, 2011 Aman

Mungkin ramai yang kongsikan gambar bersama-sama rakan-rakan mereka yang lain melalui Google+ dan ingin membuat koleksi gambar tersebut pada komputer mereka dalam kualiti tinggi. Kini anda boleh, dimana Google+ telah pun menambah fungsi untuk memuat-turun gambar pada saiz sebenar, membolehkan para pengguna memuat-turun gambar dengan mudah melaluinya.

Namun, seperti biasa, ia masih bergantung pada tetapan yang ditetapkan oleh seseorang pengguna itu pada halaman Google+. Sekiranya seseorang pengguna itu masih tidak aktifkan fungsi membolehkan muat-turun gambar, maka sesuatu gambar itu tidak boleh dimuat-turun oleh sesiapa jua.

Selain daripada itu, Google+ juga dijangka akan membawakan lebih banyak fungsi-fungsi menarik dalam masa terdekat ini, dan ia turut diperkatakan yang mana Google+ bakal membolehkan para pengguna untuk berkongsi fail-fail media dengan mudah melalui Hangout, salah satu fungsi yang amat menarik dan dinantikan ramai.

Sama-sama kita ikuti perkembangan laman sosial Google+ ini.

Komen