Cari @ Amanz

Mozilla Mengemaskini Saluran Beta – Firefox 8 Beta Sedia Diuji

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan pelancaran Firefox 7 pada tempoh hari, kini pihak pembangunnya telah pun mula mengemaskini saluran pembangunan Firefox yang lain bermula daripada saluran beta. Para pengguna yang berminat, kini boleh memuat-turun Firefox 8 Beta daripada halaman rasmi Mozilla, dan mula menggunakannya hari ini.

Salah satu perkara baru yang dibawakan pada Firefox 8 Beta adalah pengenalan enjin carian baru padanya, iaitu penyertaan laman Twitter, membolehkan para pengguna Firefox membuat carian pada laman Twitter dengan lebih pantas lagi. Selain daripada itu, ia turut membawakan beberapa peningkatan dan kawalan kepada aplikasi pihak ketiga (add-on), serta sokongan HTML5 dan CSS3 yang ditambah lagi.

Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun Firefox 8 Beta untuk Windows, Mac dan juga Linux, serta menguji pelbagai fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.


Komen ()