Dengan Microsoft yang telah pun mula memperkenalkan kemaskini Windows Phone 7.5 atau yang lebih dikenali sebagai Mango kepada para pengguna Windows Phone sedia ada, mereka turut sama telah mengeluarkan beberapa video promosi untuknya, yang telah dimuat-naik pada halaman YouTube rasmi mereka.
Melalui video ringkas ini, Microsoft memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru yang didatangkan bersama-sama Mango. Secara kasarnya, jumlah kemaskini dan fungsi baru yang dibawakan Mango melebihi angka 500 perkara, dan ini hanyalah sebahagian daripadanya.
Bagi para pengguna tempatan, kemaskini Mango akan diperkenalkan secara berperingkat, dimana anda boleh menyemak samada peranti anda telah menerimanya atau belum dari semasa ke semasa.