Acer Malaysia Menawarkan Potongan Harga RM1000 Untuk 15 Pembeli Pertama Aspire S3

Acer Malaysia Menawarkan Potongan Harga RM1000 Untuk 15 Pembeli Pertama Aspire S3

Diterbitkan pada Sep 30, 2011 oleh .

Mungkin semua sedia ketahui yang mana Acer Malaysia bakal memperkenalkan laptop ultrabook terbaru mereka, iaitu Acer Aspire S3, yang mana bakal dilancarkan pada 4 Oktober ini. Menariknya, ia kelihatan yang mana Acer Malaysia bakal mengadakan promosi khas pada tarikh tersebut, dimana 15 pembeli pertama boleh mendapatkannya pada harga potongan sebanyak RM1000. Unit-unit selepas 15 yang pertama akan mendapat potongan harga sebanyak RM200, selain turut didatangkan bersama-sama dengan beberapa aksesori tambahan.

Buat masa ini, harga peranti tersebut masih tidak diketahui lagi. Tetapi ia diperlihatkan yang mana Acer Aspire S3 akan dijual pada harga kurang daripada RM3000 di Malaysia.

Melalui Acer Aspire S3, ia membawakan cip pemprosesan Intel Core i5, 4GB RAM, ruangan storan sebanyak 320GB, dan menggunakan Windows 7 Home Premium sebagai sistem operasinya. Menariknya mengenai Aspire S3 adalah ianya amat ringan, dan hanya seberat 1.35kg sahaja, serta membawakan jangka hayat bateri sehingga 6 jam bersama dengannya.

Kami akan membawakan liputan langsung daripada lokasi pelancaran pada tarikh tersebut.


TIPS & ULASAN