Pengolokan iPhone 5 Fizikal Pertama Diperlihatkan Melalui Video

Pengolokan iPhone 5 Fizikal Pertama Diperlihatkan Melalui Video

Diterbitkan pada Sep 30, 2011 oleh .

Selain daripada hanya rekabentuk berdasarkan aplikasi grafik Photoshop dan sebagainya, kini beberapa orang disebalik Giga.de telah pun membangunkan prototaip sebenar iPhone 5 berdasarkan kepada pelbagai ura-ura yang telah dilaporkan sebelum ini, dan menghasilkannya dalam bentuk fizikal.

Apple bakal memperkenalkan peranti iPhone generasi baru mereka pada 4 Oktober ini, dan sehingga kini, apa yang diperkatakan adalah ia akan membawakan cip pemprosesan A5 bersama-sama dengannya, selain 1GB RAM, kamera 8 megapixel, skrin yang lebih luas, dan butang Home yang diubah dengan tambahan beberapa fungsi.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang pengesahan dibuat mengenai perkara ini dari pihak Apple buat masa ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman iPhone 5 oleh Apple pada 4 Oktober ini untuk ketahui bagaimanakah ia akan kelihatan sebenarnya.


TIPS & ULASAN