Cari @ Amanz

Sepertimana yang dinantikan ramai, hari ini, pihak penganjur #OctTwtFest secara rasminya telah pun mengesahkan yang mana acara twtup terbesar untuk tahun ini bakal diadakan di ibu pejabat DiGi yang terletak di Subang Hi-Tech Industrial park. Acara tersebut bakal diadakan pada 22 Oktober ini, bermula daripada 3 petang hingga 12 tengah malam.

Berbeza dengan #TwtUpRaya sebelum ini, acara tahunan ini bakal diadakan secara percuma, membolehkan sesiapa sahaja menyertainya. Seperti biasa, matlamat utama #OctTwtFest adalah untuk membolehkan semua pengguna Twitter tempatan bersemuka dan merapatkan persahabatan mereka di dunia luar talian.

Buat masa ini, aktiviti sampingan pada acara tersebut masih tidak diketahui. Sebelum ini, pada tahun lepas, melalui acara Twtup pada bulan Oktober, beberapa lencana FourSquare telah berjaya didapatkan oleh para pengguna tempatan. Mungkin aktiviti sampingan pada #OctTwtFest bakal diumumkan oleh penganjurnya tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd