Samsung Memperkenalkan Galaxy Tab 7.0 Plus Dengan Sokongan Panggilan Suara Dan Video

Samsung Memperkenalkan Galaxy Tab 7.0 Plus Dengan Sokongan Panggilan Suara Dan Video

Diterbitkan pada Sep 30, 2011 oleh .

Hari ini, Samsung secara rasminya telah pun mengumumkan Galaxy Tab generasi kedua mereka, yang mana kini dikenali sebagai Galaxy Tab 7.0 Plus, membawakan pelbagai penambahan spesifikasi berbanding tablet generasi pertama Samsung yang masih kekal popular, disamping turut sama membawakan fungsi panggilan suara seperti sebelumnya.

Melalui Galaxy Tab 7.0 Plus, ia membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, kamera belakang 3-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, 1GB RAM, dan didatangkan dalam dua variasi, iaitu 16GB dan juga 32GB. Ia juga menggunakan sistem operasi Android Honeycomb bersama-sma dengannya.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya di Malaysia masih tidak diketahui lagi. Tetapi Samsung mengatakan yang mana Indonesia akan menerima peranti ini pada penghujung Oktober ini. Jadi, berkemungkinan pelancarannya di Malaysia tidak jauh berbeza dengan pelancaran di Indonesia. Harganya juga masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN