DiGi Mula Menawarkan Samsung Galaxy S2 Berwarna Putih

DiGi Mula Menawarkan Samsung Galaxy S2 Berwarna Putih

Diterbitkan pada Sep 30, 2011 oleh .

Nampaknya, selain daripada tawaran Galaxy S2 biasa, kini DiGi terus menambah beberapa variasi tawarannya, dimana bermula daripada hari ini, DiGi turut sama mula menawarkan peranti Samsung Galaxy S2 dalam variasi warna putih pada harga bermula serendah RM1349.

Selain daripada warna, spesikasi yang dibawakan oleh Samsung Galaxy S2 berwarna putih ini masih sama seperti versi awalnya, dan harga jualannya juga kekal serupa. Ia sekadar memberikan pilihan untuk para pengguna sekiranya inginkan peranti tersebut dalam variasi warna putih.

Melalui Samsung Galaxy S2, ia menggunakan Android 2.3 Gingerbread, dan didatangkan bersama-sama dengan cip pemprosesan dwi-teras, kamera 8-megapixel, sokongan rakaman HD, dan banyak perkara lagi. Sehingga kini, Galaxy S2 telah terjual lebih 10 juta unit seluruh dunia, dan variasi baru yang diperkenalkan ini semestinya akan menarik minat para pengguna untuk mendapatkannya.


TIPS & ULASAN