Celcom Bakal Mengeluarkan Pakej Nokia N9 Tidak Lama Lagi

Celcom Bakal Mengeluarkan Pakej Nokia N9 Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Sep 30, 2011 oleh .

Nampaknya, dengan bulan Oktober yang akan bermula esok, syarikat telekomunikasi terkemuka Celcom telah pun mula bersedia untuk melancarkan peranti Nokia N9 yang dinantikan ramai. Buat masa ini, harga dan pakej yang bakal dikeluarkan oleh Celcom masih tidak diketahui, dan mungkin akan diumumkan dalam masa beberapa hari lagi.

Nokia N9 telah dilancarkan oleh Nokia Malaysia beberapa minggu yang lepas, membawakan sistem operasi MeeGo, serta pelbagai ciri-ciri semasa, termasuk sokongan NFC padanya. Nokia N9 akan mula dijual di Malaysia bermula RM1799 untuk 16GB dan RM2088 untuk 64GB. Sama-sama kita nantikan pakej dan pelan rasmi daripada pihak Celcom tidak lama lagi.

Selain daripada Celcom, DiGi turut sama dijangka akan memperkenalkan pakej mereka untuk Nokia N9 tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN