Adakah Amazon Bakal Mengambil-Alih Palm Dan webOS?

Adakah Amazon Bakal Mengambil-Alih Palm Dan webOS?

Diterbitkan pada Sep 30, 2011 oleh .

Beberapa hari sebelum ini, Amazon secara rasminya telah pun melancarkan tablet Kindle Fire mereka yang menggunakan Android, tetapi telah diubah-suai sepenuhnya, sehingga ia tampak jauh berbeza. Dan menariknya, kini ia mula diperkatakan yang mana Amazon mungkin akan mengambil-alih Palm, dan mendapatkan sistem operasi webOS bersama-sama dengannya.

Sekiranya perkara ini benar, maka mungkin kita akan dapat melihat masa-depan webOS yang serba baru dan menarik, apatah lagi kini dilihat Amazon sedang memfokuskan kepada bahagian peranti mudah-alih mereka.

webOS merupakan salah satu sistem operasi yang amat menarik sekali, dengan antaramuka dan fungsi-fungsi mudah-alih yang amat moden dan mesra pengguna berbanding platform-platform lain.

Buat masa ini, HP dan juga Amazon masing-masing masih belum mengeluarkan sebarang komen rasmi. Sebelum ini, ia turut diperkatakan yang mana HTC turut sama berminat mendapatkan webOS daripada HP. Sama-sama kita nantikan perkembangan webOS.


TIPS & ULASAN