Setelah sekian lama dinantikan, kini ia kelihatan yang mana aplikasi rasmi Twitter untuk BlackBerry bakal membawakan sokongan lebih daripada satu akaun padanya, membolehkan para pengguna BlackBerry mengakses lebih daripada satu akaun Twitter dengan mudah melalui peranti mereka.
Sokongan ini dijangka akan diperkenalkan melalui Twiter untuk BlackBerry 2.1 yang bakal diperkenalkan pada minggu hadapan pada Beta Zone terlebih dahulu. Selain daripada sokongan multi-akaun, ia juga bakal menyertakan beberapa perubahan kecil pada antaramukanya, serta beberapa perkara yang lain bersama-sama dengannya.
Sama-sama kita nantikan pelancaran aplikasi Twitter untuk BlackBerry 2.1 di BetaZone pada minggu hadapan untuk maklumat lanjut mengenainya.