Aplikasi Panggilan Video – Tango Dilancarkan Untuk Pengguna Windows

Aplikasi Panggilan Video – Tango Dilancarkan Untuk Pengguna Windows

Diterbitkan pada Okt 1, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan aplikasi panggilan video Tango pada pelbagai platform mudah-alih, kini pembangunnya melangkah setapak lagi kehadapan, dengan menawarkan aplikasi mereka untuk para pengguna desktop, dimana hari ini mereka telah pun melancarkan Tango untuk para pengguna Windows secara rasminya.

Melaluinya, ia membolehkan para pengguna Tango membuat panggilan dengan mudah kepada pengguna lain melalui laptop dan desktop yang menggunakan sistem operasi Windows. Ia juga didatangkan dengan kebolehan sync, dimana anda boleh sync akan peranti mudah-alih dan desktop dengan mudah, dan kedua-dua peranti akan berbunyi apabila anda menerima sebarang panggilan.

Dengan pelancaran versi Windows ini, mungkin kita akan dapat melihat pelancaran versi lain seperti Mac dan juga Linux tidak lama lagi. Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Tango untuk Windows melalui halaman rasmi Tango, dan mula membuat panggilan percuma terus daripada PC anda hari ini.


TIPS & ULASAN