Contoh Fungsi Assistant Pada iOS 5 Diperlihatkan Dalam Video Ringkas

Contoh Fungsi Assistant Pada iOS 5 Diperlihatkan Dalam Video Ringkas

Diterbitkan pada Okt 1, 2011 oleh .

Salah satu perkara baru yang dijangka bakal diperkenalkan pada iPhone 5 melalui iOS 5 adalah fungsi Assistant, yang mana membolehkan para pengguna mengawal dan melakukan beberapa perkara asas, seperti membuat carian, menaik mesej dan sebagainya dengan mudah, melalui hanya menggunakan suara sahaja. Dan menariknya, kini fungsi tersebut diolokkan melalui sebuah video ringkas oleh pihak MacRumors.

Ia diperkatakan yang mana demonstrasi fungsi Assistant pada iOS yang diperlihatkan pada video tersebut adalah berdasarkan beberapa sumber yang telah dikumpulkan oleh pihak MacRumors. Melalui apa yang diperlihatkan, para pengguna hanya perlu menekan butang Home pada peranti mereka untuk beberapa saat, dan fungsi Assistant akan muncul, membolehkan anda memberikan arahan suara padanya.

Sebelum ini, ia turut dilaporkan yang mana iPhone 5 bakal membawakan memori sehingga 1GB untuk menyokong fungsi Assistant ini, sekaligus menjadikannya ia suatu tanda tanya samada adakah iPhone sedia ada buat masa ini akan menerimanya melalui kemaskini iOS 5 ataupun tidak.

Apple dijangka bakal melancarkan iPhone 5 dan juga iOS 5 kepada umum pada 4 Oktober ini. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN