Yahoo! Bakal Mengumumkan Sesuatu Pada Hari Isnin Ini

Yahoo! Bakal Mengumumkan Sesuatu Pada Hari Isnin Ini

Diterbitkan pada Okt 1, 2011 oleh .

Setelah sekian lama tidak mendengar sebarang pengumuman besar daripada pihak Yahoo!, kini mereka dijangka bakal mengumumkan sesuatu yang menarik pada hari Isnin akan datang ini. Apa yang bakal diumumkan masih lagi menjadi misteri buat masa ini.

Sehingga ke hari ini, tiada sebarang ura-ura berkaitan Yahoo! yang kedengaran, dengan produk baru mereka dan sebagainya. Sebelum ini, pada minggu ini, Yahoo! telah pun melancarkan aplikasi Flickr untuk Android dan memperkenalkan beberapa fungsi baru pada Flickr. Selain daripada itu, ia turut diperkatakan yang mana Yahoo! turut sama dalam perbincangan untuk mengambil-alih Hulu, serta dalam perbincangan untuk bersatu dengan AOL.

Jadi, apakah yang bakal diumumkan oleh Yahoo! pada hari Isnin kelak? Adakah mereka telah mendapatkan CEO baru, ataupun mempunyai sesuatu kejutan untuk para pengguna mereka? Sama-sama kita nantikannya.

Yahoo! to Make Announcement at Press Conference on Monday, 10/3 $YHOO
Sep 30 via SeesmicFavoriteRetweetReply


TIPS & ULASAN