Cari @ Amanz

Google sering memperkenalkan pelbagai perkara menarik pada perkhidmatan mereka, dan hari ini, Google melancarkan sokongan untuk melihat perjalanan di Google Maps dalam bentuk 3D, sekaligus memberikan gambaran yang lebih menarik lagi kepada pengguna yang sering menggunakan perkhidmatan peta dari Google itu untuk merancang perjalanan.

Bermula hari ini, para pengguna boleh menggunakan fungsi untuk melihat perjalanan mereka dalam bentuk 3D, dimana sebaik sahaja fungsi tersebut di aktifkan, sebuah animasi ringkas akan dimainkan, memperlihatkan perjalanan yang dipilih pada Google Maps dalam bentuk 3D sepenuhnya.

Bagi pengguna yang ingin melihat dan menggunakan fungsi ini, anda hanya perlu tetapkan laluan pada Google Maps, dan seterusnya klik pada butang 3D bersebelahan dengan laluan yang diperlihatkan. Ia kemudian akan memperlihatkan perjalanan anda dalam suatu bentuk animasi yang amat menarik sekali.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd