Cari @ Amanz

Ingatkah lagi dengan FakeFreelance yang pernah menawarkan pelbagai tutorial dalam bentuk video sebelum ini? Kini laman tersebut telah pun dijenamakan semula kepada FFStudio, dimana melalui penjenamaan semula ini, pembangunnya akan mula memfokuskan lebih kepada penyediaan tutorial mengenai grafik dan juga visual FX, selain pada masa yang sama berkongsikan pelbagai video tempatan menarik melaluinya.

Pada masa yang sama, FFStudio juga dijangka bakal memperkenalkan rancangan internet mereka tersendiri, yang mana boleh diperkatakan akan memfokuskan kepada teknologi, gajet, dan sebagainya.

Buat masa ini, laman FFStudio masih lagi baru, dan menyertakan beberapa filem pendek menarik pada laman mereka. Mungkin dalam masa terdekat kelak, kita akan dapat melihat lebih banyak video menarik dihasilkan dan dikongsikan oleh mereka. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd