Cari @ Amanz

Selepas memperkenalkan Firefox 7 versi stabil, dan juga Firefox 8 Beta secara rasminya, hari ini pihak Mozilla turut sama telah mengemaskini saluran pembangunan untuk Aurora, dimana Firefox 9 Aurora diperkenalkan secara rasminya kepada semua pengguna, membolehkan mereka mengujinya terlebih dahulu, sebelum ia dilancarkan dalam tempoh 12 minggu lagi.

Melalui Firefox 9 Aurora, ia lebih memfokuskan kepada peningkatan pada penggunaan JavaScript. Selaind daripada itu, Firefox Aurora ini turut sama membawakan beberapa peningkatan dan perkara baru untuk para pembangun.

Mozilla juga dijangka akan memperkenalkan beberapa perubahan antaramuka melalui Firefox 9 kelak, yang mana telah pun mula diperlihatkan sejak daripada versi Nightly tempoh hari. Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun Firefox 9 Aurora dan mengujinya terlebih dahulu, sebelum Firefox 9 versi stabil dilancarkan dalam tempoh 12 minggu lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd