Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, pada awal minggu ini, Nokia Malaysia telah pun melancarkan beberapa peranti baru Symbian Belle di Malaysia, iaitu Nokia 600, Nokia 700 dan juga Nokia 701, yang mana masing-masing menggunakan sistem operasi terkini Symbian dan juga didatangkan dengan sokongan NFC padanya. Kami di Amanz, telah menyediakan sebuah video ringkas memperlihatkan ketiga-tiga peranti ini, bersama-sama dengan beberapa fungsi baru pada Symbian Belle.

Nokia 701 dan Nokia 700 telah pun mula dijual di Malaysia, masing-masing pada harga RM1130 dan juga RM1025. Nokia 600 pula dijangka bakal dijual dalam masa beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd