Portal Web Berkaitan Kebebasan Suara Bakal Dibangunkan

Portal Web Berkaitan Kebebasan Suara Bakal Dibangunkan

Diterbitkan pada Okt 1, 2011 oleh .

Kini, ia dilaporkan yang mana kerajaan bakal memperkenalkan salah satu portal web yang mana melaluinya ia akan membolehkan para penduduk dan pengguna awam untuk menghantar pelbagai kritikan, maklumbalas dan cadangan kepada pihak kerajaan dengan mudah, dan tanpa takut akan sebarang kesan undang-undang daripadanya.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah kerajaan akan melancarkan portal berkenaan, tetapi ia diperkatakan yang mana kelak portal tersebut bakal menjadi salah satu saluran untuk para penduduk bebas bersuara, tanpa mengira sebarang parti politik, bangsa dan sebagainya.

Melalui portal tersebut juga, kerajaan dijangka akan menjawab segala pertanyaan yang diajukan sepantas yang mungkin, dan mereka mensasarkan untuk menjawab segala laporan dalam masa kurang seminggu.

Sama-sama kita nantikan pelancarannya.


TIPS & ULASAN