Cari @ Amanz

Yahoo! hari ini telah pun mengumumkan yang mana mereka bakal mematikan Yahoo! Web Messenger pada 1 November kelak, dimana selepas tarikh tersebut, perkhidmatan Yahoo! Messenger berasaskan web itu tidak lagi boleh diakses seperti sekarang. Walaubagaimanapun, sokongan Yahoo! Messenger melalui Yahoo! Mail akan terus dikekalkan seperti biasa.

Yahoo! Web Messenger merupakan salah satu aplikasi berasaskan web popular daripada Yahoo! ketika awal pengenalannya. Namun dengan pengenalan sokongan Messenger pada Yahoo! Mail, popularitinya semakin berkurangan, dan memandangkan kini semua pengguna Yahoo! boleh menyemak IM dan SMS mereka terus melalui Yahoo! Mail, perkhidmatan ini akan ditamatkan dalam masa sebulan lagi.

Pada masa yang sama, Yahoo! turut meminta para pengguna Yahoo! Web Messenger sedia ada untuk memuat-turun aplikasi mereka untuk digunakan bersama desktop, yang mana membawakan lebih banyak fungsi-fungsi menarik, termasuk sokongan Facebook Chat bersama-sama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd