Cari @ Amanz

Salah satu perkara baru yang dibawakan melalui Symbian Belle adalah sokongan NFC padanya. Melalui NFC, ia memudahkan sesuatu peranti dihubungkan sebelum ia menggunakan Bluetooth untuk penghantaran dan penerimaan fail-fail, selain pada masa yang sama turut boleh digunakan melalui cip-cip untuk mempromosikan sesuatu perkara dan juga untuk membayar seperti pada Touch-n-Go.

Melalui peranti-peranti baru Symbian Belle ini, ketiga-tiganya membawakan sokongan NFC, tetapi setiap satunya membawakan ciri-ciri berbeza. Bagi Nokia 700 dan juga 701, ia membawakan Open NFC, manakala Nokia 600 membawakan sokongan Secure NFC bersama-sama dengannya.

Menurut pihak Nokia, melalui Open NFC, ia menyokong pelbagai perkara seperti penghantaran dan penerimaan fail, untuk bermain multiplayer, dan segalanya, tetapi tidak menyokong fungsi fungsi pembayaran. Fungsi pembayaran dan yang berkaitan dengannya hanya disokong melalui Secure NFC sahaja.

Pada masa yang sama, baru-baru ini, hab NFC turut telah dilancarkan di Malaysia, dalam usaha untuk mempromosikan lagi penggunaannya, selain membolehkan para pemilik perniagaan tempatan, menggunakan NFC dalam promosi pada kos yang lebi rendah lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd