Salah satu projek yang dijangka dilancarkan pada awal pagi hari ini (1 Oktober) adalah laman RakanSukan.com yang mana merupakan salah satu projek dibawah Dana Belia 1Malaysia, dijangka bakal membawakan fungsi komuniti untuk mereka-mereka yang minat untuk bersukan dan menjaga kecergasan badan.
Ia masih tidak diketahui mengapakah laman tersebut masih tidak dilancarkan sehingga kini, walaupun angka pengiraannya telah berhenti sejak pukul 10 pagi lepas.
RakanSukan.com telah menerima dana sebanyak RM150,000 dibawah projek Dana Belia 1Malaysia, bersama-sama dengan beberapa projek lain yang telah pun berjalan, seperti SOFEss dan juga AppsMalaysia.