Laman Dan Pengkalan Data Maxis Digodam Oleh GaySec

Laman Dan Pengkalan Data Maxis Digodam Oleh GaySec

Diterbitkan pada Okt 2, 2011 oleh .

Setelah lama mendiamkan diri, hari ini, GaySec kembali semula dengan pengumuman terbaru mereka, dimana mereka telah pun berjaya mengodam laman web rasmi salah satu gergasi syarikat telekomunikasi, iaitu Maxis. Pada masa yang sama, GaySec turut mengumumkan yang mana mereka turut telah mendapat akses ke pengkalan data Maxis/Hotlink.

Buat masa ini, data apa yang didapati masih kurang difahami. Namun begitu, tidak seperti sebelum ini, kali ini pihak GaySec tidak mengeluarkan sebarang pengkalan data kepada umum, dan hanya mengeluarkan paparan gambar bagi apa yang telah didapati oleh mereka.

Secara kasarnya, ia dilihat yang mana pihak GaySec telah pun dapat mengakses ke semua folder pada pelayan Maxis, dan juga pengkalan data yang berkaitan. Buat masa ini, masih tiada sebarang pengumuman rasmi dikeluarkan daripada pihak Maxis berkaitan dengan perkara ini.


TIPS & ULASAN