Cari @ Amanz

Nampaknya, ia kini kelihatan yang mana Google bakal menawarkan pelayar web popular mereka itu kepada para pengguna Android tidak lama lagi. Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi. Melalui Chrome untuk Android, Google dijangka menawakan pelbagai fungsi yang ditawarkan versi deskop itu kepada para pengguna peranti Android.

Menariknya lagi adalah dimana memandangkan pelayar web popular Google itu turut didatangkan dengan Chrome Web Store, ia mungkin akan menjadikannya ia lebih menarik, sekaligus membolehkan para pengguna Android mengakses pelbagai aplikasi menarik dan permainan dengan mudah di luar-talian.

Selain daripada Chrome, pelayar web lain yang turut menyediakan aplikasi untuk Android adalah Firefox, yang mana turut didatangkan dengan sokongan sync antara versi desktop dan juga Android. Mungkinkah kita akan dapat melihat fungsi yang serupa pada Chrome untuk Android? Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd