Cari @ Amanz

Kini, ia kelihatan yang mana Sony Ericsson telah pun secara rasminya menyokong pembangunan CyanogenMod untuk peranti-peranti mereka, dimana lebih 12 peranti bakal disokong oleh CyanogenMod. Walaubagaimanapun, seperti biasa, penggunaan CyanogenMod akan menamatkan jaminan yang diberikan oleh pihak Sony Ericsson terhadap peranti tersebut.

Ini merupakan lanjutan daripada mana Sony Ericsson menawarkan sokongan unlockable bootloader pada semua peranti baru mereka. Sony Ericsson juga akan menawarkan sokongan teknikal kepada komuniti pembangun, supaya setiap CyanogenMod yang dilepaskan selepas ini, menyokong penuh peranti-peranti Sony Ericsson.

Dengan sokongan ini juga, ia bakal memberikan para pengguna lebih pilihan dalam menggunakan Android yang diubah suai pada peranti mereka, disamping turut mendapat sokongan penggunaannya.

Mungkin lepas ini, kita akan dapat melihat lebih banyak pengeluar peranti turut menyokong pembangunan CyanogenMod ini. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd