Carian
Ikut Keadaan Trafik Semasa Dan Laporkannya Dengan Mudah Melalui iJalan
October 2, 2011 Aman

Salah satu perkara yang paling dibenci ramai adalah masalah lalulintas. Namun, dengan usaha komuniti seperti #KLTraffic dan juga laporan trafik semasa di lebuhraya terus daripada PLUS, perkara ini dipermudahkan serba-sebanyak. Tetapi bagaimana pula dengan kawasan lain? Untuk menyelesaikannya, kini para pengguna boleh menggunakan iJalan yang dibangunkan oleh bekas pembangun laman sosial terkemuka, Kawanster.

Melalui iJalan, ia membolehkan para penggunanya menolong antara satu sama lain dalam melaporkan keadaan trafik, kemalangan, kerosakkan jalan, dan juga roadblock oleh Polis dengan mudah dan senang. Memandangkan ianya menarik data geolokasi sepenuhnya, maka para pengguna tidak diperlukan memasukkan data berkenaan lokasi satu per satu.

Malah setiap data dilaporkan dalam bentuk tanpa nama (anonymous) menjadikan segala data yang dikongsikan selamat dan bebas daripada isu privasi. Tetapi kami masih tidak mengetahui mengapakah ia memerlukan pengguna mendaftar masuk menggunakan akaun Facebook untuk menggunakan aplikasi tersebut.

Pada masa yang sama, iJalan juga dioptimasikan sepenuhnya untuk para pengguna peranti mudah-alih, dimana anda boleh membukanya menggunakan peranti mudah-alih, dan mula mengikuti pelbagai perkembangan dan laporan trafik semasa dengan mudah.

Komen