Cari @ Amanz

Dengan pelancaran peranti Windows Phone daripada Nokia yang semakin dekat, kini beberapa aplikasi utama Nokia untuk Windows Phone mula kelihatan, dan salah satunya adalah Nokia Maps yang mana dioptimasikan khas untuk pengguna Windows Phone. Walaubagaimanapun, ia tidak pasti samada peranti selain peranti Nokia boleh memuat-turunnya ataupun tidak.

Buat masa ini, ia masih lagi belum disenaraikan secara sepenuhnya pada Marketplace, jadi para pengguna masih belum dapat memuat-turunnya ataupun mengujinya buat masa ini. Berkemungkinan ia akan dilancarkan bersama-sama dengan peranti Nokia kelak.

Daripada apa yang diperlihatkan, ia menggunakan sepenuhnya rekabentuk antaramuka Metro untuk Windows Phone, dan memperlihatkan pelbagai perkara menarik melalui aplikasi pemetaan mereka. Ia juga menyenaraikan beberapa lokasi menarik yang boleh disinggah, selain turut menyokong penuh perkhidmatan kenderaan awam melaluinya.

Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak maklumat berkaitan aplikasi Nokia Maps untuk Windows Phone ini apabila Nokia sendiri mengumumkannya secara rasmi. Sama-sama kita nantikannya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd