Cari @ Amanz

Dengan pelancaran sokongan masa-nyata pada Google Analytics tempoh hari, Google turut memperkenalkan Google Analytics Premium, iaitu salah satu perkhidmatan berbayar mereka untuk syarikat yang besar dan inginkan lebih banyak data, dan aplikasi tambahan dalam laporan statistik mereka.

Melalui pekhidmatan berbayar Google Analytics tersebut, Google menyediakan pengumpulan data yang lebih tinggi berbanding versi biasa, selain turut menawarkan analisa yang lebih banyak, serta sokongan 24 jam sehari kepada para pelanggannya melalui telefon dan juga bantuan pemasangan daripada pakar.

Dan untuk pembayaran pula, harga Google Analytics Premium adalah tetap, iaitu sebanyak $12,500 sebulan, ataupun $150,000 setahun, yang mana akan diinvoiskan oleh Google secara bulanan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd