Cari @ Amanz

Firefox Untuk Tablet Turut Didatangkan Bersama-sama Versi Aurora

Oleh Aman

Link Copied!

Seperti sedia maklum, sebelum ini Mozilla telah pun melepaskan Firefox 9 Aurora kepada semua, membolehkan mereka mengujinya terlebih dahulu. Menariknya adalah, dimana salah satu perkara baru yang turut didatangkan bersama-sama dengan Firefox 9 Aurora adalah sokongan Firefox untuk tablet, yang mana telah dinantikan ramai pengguna sebelum ini.

Buat masa ini, Firefox untuk tablet hanya menyokong versi Android sahaja, dan membawakan pelbagai peningkatan padanya, termasuk antaramuka yang baru dan menarik. Ia turut membawakan cara interaksi baru untuk mengawal tab, dimana ia dilokasikan di sebelah kiri tablet, membolehkan pada pengguna beralih ke tab lain dengan mudah dan senang.

Ia juga didatangkan dengan beberapa perubahan pada antaramuka, dioptimasikan khas untuk pengguna tablet. Selain daripada itu, Firefox Aurora untuk Android turut dioptimasikan sepenuhnya untuk peranti-peranti telefon pintar Android, dimana kini berfungsi lebih pantas berbanding sebelumnya.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Firefox Aurora untuk Android, selain untuk desktop anda yang menggunakan Windows, Linx dan Mac hari ini dan mencubanya sendiri. Ia dijangka akan mengambil sehingga 12 minggu sebelum versi stabil ini diperkenalkan kepada semua.


Komen ()