Cari @ Amanz

Salah satu peranti baru daripada Nokia yang dinantikan ramai adalah peranti Windows Phone mereka, yang mana turut dikenali sebagai Nokia Searay. Selepas spesifikasi yang diura-ura akan dibawakan oleh Nokia Searay diperlihatkan semalam, kini gambar peranti tersebut yang amat jelas pula mula kelihatan. Walaupun ia tampak seperti peranti sebenar, namun kesahihannya masih belum dipastikan buat masa ini.

Melalui poster khas ini, ia turut memperlihatkan beberapa spesifikasi seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, iaitu membawakan sokongan aplikasi pemetaan Nokia dengan sokongan 3D dan navigasi suara, serta skrin seluas 3.7-inci AMOLED sepertimana yang diperkatakan melalui ura-ura sebelum ini.

Buat masa ini, Nokia masih lagi belum memperlihatkan peranti Windows Phone mereka secara rasmi, dan dijangka akan diperkenalkan pada acara Nokia World pada 26 Oktober ini. Sama-sama kita nantikan pengumumannya, bersama-sama dengan beberapa peranti Windows Phone lain dari Nokia.

Tips daripada Arif Ishak

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd