Carian
DiGi Mula Menawarkan BlackBerry Curve 9360
October 3, 2011 Aman

Setelah dinantikan ramai sekian lama, akhirnya kini peranti BlackBerry Curve 9360 yang menggunakan sistem operasi terkini BlackBerry, iaitu BlackBerry OS 7 telah pun boleh didapati di pasaran Malaysia melalui syarikat telekomunikasi DiGi. DiGi menawarkan peranti baru ini kepada para pengguna tempatan pada harga serendah RM599 dengan kontrak selama 24 bulan dengan pelan DG Smart Plan 68.

BlackBerry Curve 9360 merupakan peranti dengan spesifikasi paling asas yang menggunakan BlackBerry OS 7, dimana ianya membawakan tanda harga RM1218 tanpa sebarang kontrak untuk pasaran Malaysia. Selain daripada DiGi, beberapa pengedar rasmi BlackBerry tempatan turut sama telah mula menawarkan peranti ini kepada para pengguna tanpa sebarang pakej.

Mungkin tidak lama lagi, kita akan turut sama melihat syarikat telekomunikasi lain turut sama menawarkan peranti ini melalui pakej masing-masing. Kami akan mengeluarkan ulasan ringkas berkenaan peranti-peranti baru BlackBerry OS 7 ini tidak lama lagi.

Komen