Cari @ Amanz

Sebelum ini, pernah diperkatakan BlackBerry bakal memperkenalkan aplikasi permesejan popular mereka kepada para pengguna platform lain. Menariknya hari ini, paparan pertama antaramuka pertama aplikasi BlackBerry Messenger untuk Android telahmula kelihatan, sekaligus memberikan idea ia akan dilancarkan tidak lama lagi.

Ia diperkatakan yang mana aplikasi ini bakal ditawarkan dalam bentuk aplikasi kepada para pengguna Android pada tahun hadapan. Selain daripada BBM untuk Android, BBM untuk iOS juga dijangka akan diperkenalkan. Ia turut diperkatakan yang mana BlackBerry mungkin akan memperkenalkan sebuah caj perkhidmatan untuk para pengguna selain daripada platform BlackBerry untuk menggunakan perkhidmatan mereka itu.

Pada tahun hadapan juga, RIM dijangka turut memperkenalkan peranti berasaskan QNX mereka, sekaligus bersaing dengan sihat bersama pembangun peranti yang lain. Baru-baru ini, BlackBerry telah pun melancarkan peranti BlackBerry 7 selain turut dijangka akan memperkenalkan sokongan aplikasi Android pada BlackBerry PlayBook tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd