Nokia N9 Bakal Dijual Minggu Ini – Pra-Tempah Telah Dimulakan

Nokia N9 Bakal Dijual Minggu Ini – Pra-Tempah Telah Dimulakan

Diterbitkan pada Okt 4, 2011 oleh .

Salah satu peranti yang dinantikan ramai adalah perangi Meego daripada Nokia, iaitu Nokia N9. Mungkin penantian semua pihak akan berakhir, dimana kini ianya disahkan yang mana Nokia N9 akan mula dijual pada minggu ini, dan beberapa pengedar rasmi Nokia telah pun mengambil pra-tempahan untuk telefon pintar tersebut.

Melalui Nokia N9, ia menggunakan sistem operasi MeeGo, dengan cip pemprosesan 1GHz Cortex A8, RAM 1GB, skrin AMOLE seluas 3.9-inci, sokongan NFC padanya dan didatangkan dalam variasi 16GB dan juga 64GB. Ia juga didatangkan bersama-sama dengan aplikasi Nokia Link, membolehkan para pengguna sync dan uruskan fail dengan Windows dan juga Mac dengan mudah.

Di Malaysia, peranti Nokia N9 ini bakal ditawarkan oleh Celcom dan juga DiGi. Pada masa yang sama, Nokia Malaysia turut sama telah merancang aktiviti promosi untuk peranti Nokia N9 ini bermula daripada hari Jumaat ini, memberikan idea, mungkin ianya akan mula dijual bermula hari Khamis atau Jumaat ini. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN