Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan sambutan ulang-tahun ke-15 oleh Microsoft Malaysia, mereka turut sama memperkenalkan lima fungsi baru pada Hotmail yang mana menjadikan perkhidmatan emel berasaskan web daripada Microsoft itu terus menarik, dan mendahului pesaing-pesaingnya yang lain.

Smart Newsletter Filtering

Biasanya, para pengguna perlu melalui proses yang sukar untuk nyah-langgan sesuatu emel itu, dan kadang-kala ia tetap akan hadir ke inbox emel walaupun telah nyah-langgannya. Menariknya, melalui fungsi baru yang diperkenalkan Microsoft pada Hotmail ini, para pengguna boleh nyah-langgan sesuatu newsletter atau emel berbentuk promosi itu dengan fungsi terbina padanya, tanpa perlu melalui pelbagai proses sukar.

Categories and Advanced Folder Management

Selain daripada kebolehan untuk nyah-langgan, Hotmail baru juga turut sama membawakan kebolehan untuk mengkategorikan mesej dan emel dengan mudah, selain turut menawarkan pengurusan folder yang lebih menarik berbanding sebelumnya.

Scheduled Cleanup

Melalui fungsi baru yang dinamakan sebagai Scheduled Cleanup ini, ia membolehkan para pengguna untuk membuang emel-emel lama sekaligus membuang pelbagai emel dan promosi lama dengan mudah. Fungsi ini amat berguna sekiranya anda melanggan beberapa kupon tawaran, ataupun bil semasa anda dihantar melalui emel, dimana emel dan bil lama boleh dipadamkan dengan mudah, dan hanya menyimpan bil terkini sahaja yang perlu dibayar.

Flags Done Right

Sering terlepas pandang emel yang telah dibaca oleh anda? Fungsi ini amat berguna kepada anda yang mengikuti pelbagai perkara melalui emel, dimana anda boleh sentiasa meletakkan sesuatu emel itu pada bahagian atas sekali, dan sentiasa mengingatkan anda mengenai perkara tersebut.

Instant Action

Melalui Instant Action, ia membolehkan anda melakukan beberapa perkara dengan pantas tanpa perlu melalui proses yang sukar. Melaluinya, ia memperlihatkan beberapa pautan pantas, seperti sokongan untuk memadam, flag dan sebagainya apabila anda meletakkan tetikus di atas sesuatu emel.

Fungs-fungsi baru ini dijangka akan diperkenalkan kepada semua pengguna Hotmail secara berperingkat bermula daripada hari ini, dan akan boleh digunakan oleh semua tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd