Selain daripada pengenalan beberapa fungsi baru pada Hotmail bersempena dengan ulang-tahun ke-15 Hotmail, dan juga sebagai kemaskini platform Windows Live, hari ini, Microsoft turut sama melancarkan aplikasi Hotmail untuk Android secara rasminya, membawakan pelbagai sokongan yang terdapat pada Hotmail, terus kepada peranti Android anda.
Melalui aplikasi Hotmail untuk Android, ia membawakan salah satu fungsi yang amat menarik sekali, iaitu sokongan Push Email – membolehkan anda menerima emel seperti menerima SMS dengan mudah, sync akan senarai hubungan dan juga kalendar dengan senang, menghantar dan menerima gambar menggunakan telefon pintar dengan senang, dan lebih menarik lagi membawakan sokongan lebih daripada satu akaun.
Para pengguna Android yang berminat, sudah pun boleh memuat-turun terus daripada Android Market dan mencuba sendiri aplikasi Hotmail untuk Android ini bermula hari ini.