Seperti mana yang dinantikan, hari ini secara rasminya, Acer Malaysia telah pun melancarkan ultrabook mereka di Malaysia, iaitu Acer Aspire S3. Ia akan mula dijual bermula daripada hari ini, dan membawakan harga jualan sebanyak RM2599 dan menawarkan potongan sehingga RM1000 untuk 15 pembeli bertuah pada hari ini.
Melalui Acer Aspire S3, ia menawarkan cip pemprosesan bertenaga rendah dalam variasi Intel Core i3, i5 dan juga i7. Pada masa yang sama, menariknya, ia membawakan rekabentuk yang nipis dan ringan, setebal hanya 13mm sahaja, dan mempunyai masa bertahan 7 jam, serta menggunakan Windows 7 Home Premium sebagai sistem operasi utamanya.
Para pengguna tempatan boleh mendapatkan Acer Aspire S3 dari pengedar rasmi Acer seluruh negara bermula 10 Oct ini. Anda juga boleh melihatnya melalui pameran yang diadakan di Lowyat dan Digital Mall pada hari ini.
Pada masa yang sama, Acer Malaysia turut sama akan menawarkan Acer Aspire S3 versi Intel Core i7 bermula bulan November kelak yang mana akan membawakan harga jualan RM3999 di Malaysia.