Cari @ Amanz

Selain daripada pengumuman beberapa produk baru pada awal pagi hari ini, kini Adobe juga turut sama telah pun mengeluarkan Adobe Flash Player 11 dan juga Adobe AIR 3 secara rasminya kepada semua pengguna seluruh dunia, dimana melaluinya ia membawakn pelbagai peningkatan dan sokongan baru yang mana dinantikan ramai pengguna selama ini.

Melalui kedua-dua aplikasi ini, ia kini membawakan sokongan grafik hardware accelerated untuk memperlihatkan grafik 2D dan juga 3D melalui Stage 3D. Ia diperkatakan yang mana lebih lancar sehingga 1000 kali berbanding versi sebelumnya, dan membawakan kualiti grafik yang amat tinggi sekali.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Flash Player 11 dan juga AIR 3 hari ini pada pelbagai platform, dan mula menggunakannya hari ini dalam membaca fail-fail Flash pada pelayar web dan juga sebagainya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd