Sony Ericsson Live Dengan Walkman Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM999

Sony Ericsson Live Dengan Walkman Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM999

Diterbitkan pada Okt 4, 2011 oleh .

Nampaknya setelah memperkenalkan Xperia Ray di pasaran Malaysia, kini Sony Ericsson terus menambah tawaran peranti mereka di Malaysia, dimana pada hari ini, Sony Ericsson secara rasminya telah pun mengumumkan penjualan Sony Ericsson Live dengan Walkman di Malaysia, yang mana merupakan perant Android yang ditujukan khas untuk pecinta muzik, membawakan pengalaman pendengaran muzik yang amat menarik sekali melaluinya.

Melalui Sony Ericsson Live dengan Walkman, ia membawakan skrin sentuh seluas 3.2-inci, cip pemprosesan 1GHz, kamera belakang 5-megapixel dengan sokongan rakaman video HD, dan juga kamera hadapan untuk membolehkan anda membuat panggilan Skype. Ia turut menggunakan Android 2.3 Gingerbread bersama-sama dengannya.

Di Malaysia, peranti ini dijual pada harga RM999 yang mana turut didatangkan bersama-sama Sony headset MDR-ZX100 yang bernilai lebih RM78.


TIPS & ULASAN