RIM Bakal Memperkenalkan Sistem Operasi Baru Dipanggil BlackBerry X?

Diterbitkan pada Okt 4, 2011. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nampaknya, bulan Oktober ini bakal menjadi antara bulan yang sibuk di dunia teknologi. Selain Nokia World yang bakal diadakan pada bulan ini, RIM juga bakal mengadakan DevCon pada bulan ini, dan beberapa ura-ura awal mula memperkatakan yang mana RIM bakal memperkenalkan sistem operasi baru yang dikenali sebagai BlackBerry X ataupun BBX.

BlackBerry X ini diperkatakan merupakan penjenamaan semula untuk sistem operasi berasaskan QNX. Ia juga dijangka sistem operasi yang kini digunakan pada tablet mereka itu mungkin akan disatukan bersama-sama sistem operasi telefon pintar mereka, khas untuk peranti-peranti berasaskan QNX yang bakal dilancarkan selepas ini.

BlackBerry DevCon bakal diadakan pada 18 Oktober ini, dan mungkin kita boleh menantikan pengumuman menarik daripada pihak RIM pada tarikh tersebut. Sama-sama kita nantikan berita lanjut mengenainya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami