Mari Bantu Wakil Malaysia Memenangi Hadiah Lenovo Sambil Membantu Alam Sekitar

Mari Bantu Wakil Malaysia Memenangi Hadiah Lenovo Sambil Membantu Alam Sekitar

Diterbitkan pada Okt 4, 2011 oleh .

Dalam usaha untuk mendidik semangat kebajikan dan juga membawakan pengalaman hidup yang lebih baik lagi, Lenovo telah pun menganjurkan sebuah pertandingan peringkat global bertajuk Extraordinary 10-Seconds Hero pada 3 Ogos yang lepas, dan kini ia telah memasuki peringkat akhir, dimana daripada 17 negara yang tersenarai pada peringkat akhir, Malaysia merupakan salah satunya.

Melalui pertandingan tersebut, rakan kita dari Malaysia mencadangkan menanam lebih kurang 365 batang pokok dalam masa setahn, sekaligus yang mana boleh mengurangkan karbon di bumi kita, sekaligus menambah lagi kadar oksigen yang dihasilkan. Dengan lebih banyak barangan bergantung kepada teknologi semasa, kadar karbon yang dihasilkan juga meningkat dari hari ke hari.

Jadi, sama-sama kita membantu beliau memenangi peraduan tersebut, sekaligus membawa hadiah $50,000 dalam bentuk kebajikan ke Malaysia, disamping pada masa yang sama, turut mempromosikan kepentingan alam sekitar kepada rakan-rakan kita.

Anda boleh mengundi idea beliau, dan melihat idea-idea lain yang dipertandingkan melalui halaman rasmi yang disediakan oleh Lenovo.


TIPS & ULASAN