Apple bakal mengadakan sebuah acara khas dalam masa beberapa jam lagi, kini beberapa ura-ura akhir kedengaran memperkatakan mengenai spesifikasi peranti yang bakal diperkenalkan oleh Apple, iaitu iPhone 4S yang mana merupakan kemaskini kepada iPhone 4 sekarang ini, serta peranti generasi baru yang dinantikan ramai, iaitu iPhone 5.
Prototaip iPhone 5 [via]
Ia diperkatakan, untuk pasaran Amerika Syarikat, iPhone 5 akan ditawarkan secara eksklusif oleh Sprint untuk beberapa ketika sebelum yang lain menjualnya, sebaliknya untuk iPhone 4S ia akan didatangkan dan ditawarkan oleh AT&T dan juga Verizon. Di Malaysia pula, seperti biasa, ketiga-tiga gergasi telekomunikasi menantikan peranti tersebut, dan Maxis sebelum ini turut telah mengumumkan yang mana mereka akan membawa masuk iPhone 5 ke pasaran Malaysia secepat yang mungkin.
Melalui spesifikasi yang diperlihatkan, iPhone 4S bakal membawakan:
- Cip pemprosesan Apple A5 rendah tenaga, berbeza dengan cip A5 biasa yang digunakan pada iPad 2.
- Kamera hadapan dan belakang yang dikemaskini, dimana menyokong FaceTime HD melalui kamera hadapan. Pada masa yang sama, ia turut dijangka akan membawakan kamera belakang 8-megapixel bersama-sama dengannya.
- Cipset Multiband 3G Qualcomm
- sokongan NFC
- Penutup belakang yang berkemungkinan bercirikan elegan
Selain daripada spesifikasi untuk iPhone 4S, spesifikasi untuk iPhone 5 turut sama diperkatakan, yang mana dijangka akan membawakan;
- Cip pemprosesan yang lebih pantas.
- Skrin bersaiz 4-inci, dengan resolusi yang lebih tinggi lagi.
- Memori yang dipertingkatkan, sehingga 1GB RAM.
- Lebih nipis dengan bateri yang lebih besar.
- Beberapa aplikasi eksklusif, seperti sokongan Assistant.
- Butang Home yang serba baru, berkemungkinan dengan sokongan gesture padanya.
Walaubagaimanapun, kesahihannya masih belum dapat dipastikan, dan sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Apple pada awal pagi ini kelak.