Cari @ Amanz

Hari ini, Telekom Malaysia atau yang lebih dikenali sebagai TM mengumumkan yang mana mereka telah mengesan beberapa kerosakan pada kabel Asia-America Gateway (AAG) dibahagian diantara Filipina dan juga Hong Kong. Memandangkan ia merupakan salah satu kabel yang digunakan untuk menghubungkan Malaysia dan juga Amerika Syarikat, pengguna tempatan dijangka menerima kesan daripadanya.

Ia diperkatakan yang mana pelayaran web-web yang dihoskan di negara Amerika Syarikat, Asia Utara dan juga Eropah akan mengalami masalah, dan mungkin sedikit lambat berbanding kebiasaannya.

Buat masa ini, TM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bilakah ianya akan selesai dipulihkan sepenuhnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd