Carian
Menangi Dua Baucer TopShop RM50 Dari Lenovo Malaysia Di Amanz
October 5, 2011 Aman

Salah satu perkara baru yang dibawakan bersama-sama dengan produk generasi baru Lenovo adalah Lenovo Enhanced Experience 2.0 yang mana mengoptimasikan sepenuhnya sistem operasi untuk notebook keluaran Lenovo, sekaligus menjadikannya beroperasi dengan lebih pantas lagi.

Dengan Echanced Experience 2.0 daripada Lenovo ini, ia membawakan masa boot lebih 20 saat lebih pantas berbanding daripada komputer-komputer dan notebook yang lain. Secara purata, notebook dengan Lenovo Enhanced Experience 2.0 membawakan masa boot sekitar 28 saat sahaja, selain masa untuk kembali beroperasi daripada mode sleep dengan sepantas 0.7 saat. Selain memulakan sistem, melalui Lenovo Enhanced Experience 2.0, ia turut menawarkan kepantasan dalam menutup sistem, dimana secara purata, ia hanya mengambil 8.8 saat untuk menutup sepenuhnya sistem.

Buat masa ini, sejumlah besar notebook daripda Lenovo yang membawakan teknologi ini, disamping ultrabook daripada Lenovo juga akan didatangkan dengan fungsi ini.

Dan menariknya, bersempena dengan fungsi ini, Lenovo Malaysia menawarkan hadiah berupa dua baucer bernilai RM50 untuk para pembaca Amanz, dengan hanya menjawab satu soalan mudah sahaja. Berapakah masa boot yang diambil oleh PC Lenovo yang menggunakan Enhanced Experience 2.0 untuk Win 7?

 

Pemenang berdasarkan siapa yang menjawab dengan tepat DAN melalui cabutan bertuah melalui penggunaan aplikasi diatas. Ringkas kata, sekiranya anda terpilih sebagai pemenang, sekiranya jawapan anda di post ini tidak tepat, penyertaan anda ditolak.

Penyertaan ditutup pada hari Khamis, 06 Oktober 2011, 1159PM

Selamat mencuba!

Komen