Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, sebelum ini, Apple telah pun memperkenalkan kemaskini sistem operasi mereka, iaitu Mac OS X 10.7 Lion. Kini ia diumumkan oleh Tim Cook yang mana angka muat-turun bagi sistem operasi terbaru daripada Apple itu telah pun melangkaui angka 6 juta muat-turun global.

OS X Lion merupakan sistem operasi pertama daripada Apple yang ditawarkan hanya melalui muat-turun melalui Mac App Store. Ia diperkatakan, ramai pengguna yang lebih pantas mengemaskini kepada OS X Lion berbanding sistem operasi yang lain.

Pada masa yang sama, Tim Cook turut mengumumkan yang mana pasaran Mac semakin meningkat dari hari ke hari. Dan kini, MacBook Air mereka telah menjadi salah satu cabaran oleh pengeluar notebook dan laptop lain untuk mengeluarkan notebook yang lebih nipis dengan speifikasi yang tinggi.

Apple turut mengatakan yang mana mereka kini menghampiri 60 juta pengguna di seluruh dunia, dan angka itu meningkat setiap hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd