iPhone Memegang 5% Pasaran Telefon Mudah-Alih Dunia

iPhone Memegang 5% Pasaran Telefon Mudah-Alih Dunia

Diterbitkan pada Okt 5, 2011 oleh .

Selain berkongsikan pelbagai statistik menarik berkaitan dengan Mac OS X dan juga iTunes, Tim Cook turut sama berkongsi beberapa data menarik berkaitan peranti iOS mereka, terutamanya iPhone dan juga iPad. Dan menariknya, ia turut diperkatakan yang mana iPhone kini memegang hampir 5% daripada pasaran telefon mudah-alih dunia.

Sehingga kini, Apple telah menjual lebih daripada 250 juta peranti iOS di seluruh dunia, iaitu suku billion, sekaligus menjadikan iOS merupakan antara platform terkemuka didunia. Untuk pengguna iPad sahaja, lebih daripada 140,000 aplikasi yang dioptimasikan khas untuknya boleh didapati melalui AppStore.

Pada masa yang sama, Apple masih kekal sebagai pengeluar tablet utama dunia, walaupun menerima pelbagai saingan daripada pengeluar peranti yang lain melalui platform Android dan lain-lain.

Gambar oleh Adam Tow


TIPS & ULASAN