Apple Memperkenalkan Aplikasi Cards Dan Find My Friends

Apple Memperkenalkan Aplikasi Cards Dan Find My Friends

Diterbitkan pada Okt 5, 2011 oleh .

Mungkin bukan semua perkara yang perlu dilakukan secara digital, seperti contohnya adalah penghantaran kad ucapan dan sebagainya. Menariknya, kini Apple membolehkan para pengguna mereka menghantar kad ucapan kepada mereka yang tersayang dengan mudah melalui sebuah aplikasi khas untuk iOS bernama Cards. Pada masa yang sama, Apple turut memperkenalkan aplikasi Find My Friends, membolehkan anda mencari rakan anda dengan mudah melaluinya.

Untuk aplikasi Cards, ia masih tidak diketahui samada adakah akan disokong di Malaysia ataupun tidak. Tetapi, melalui aplikasi tersebut, anda boleh mereka kad mengikut citarasa anda, dan kemudiannya menghantarnya untuk dicetak dan dipos kepada mereka yang tersayang pada kos serendah $2.99 di Amerika Syarikat, dan $4.99 untuk penghantaran luar Amerika Syarikat.

Bagi aplikasi Find My Friends pula ia merupakan salah satu aplikasi ringkas yang menggunakan fungsi GPS, membolehkan anda mengetahui kedudukan rakan-rakan anda dengan mudah terus melalui iPhone. Namun seperti biasa, ia akan membawakan sokongan untk anda menghentikan ia memperlihatkan lokasi anda untuk beberapa ketika dan sebagainya.

Gambar : This Is My Next


TIPS & ULASAN