iOS 5 Bakal Diperkenalkan Kepada Semua Bermula 12 Oktober

iOS 5 Bakal Diperkenalkan Kepada Semua Bermula 12 Oktober

Diterbitkan pada Okt 5, 2011 oleh .

Setelah memperlihatkan sistem operasi iOS 5 pada bulan Julai yang lepas, hari ini Apple secara rasminya telah pun mengumumkan tarikh pelancaran rasmi untuk iOS 5 kepada semua pengguna sedia ada, dimana ia akan mula diperkenalkan bermula 12 Oktober ini kepada semua pengguna seluruh dunia.

Melalui iOS 5, Apple membawakan pelbagai penambahan pada platform operasi popular mereka itu, termasuk sokongan notifikasi yang lebih menarik, pengenalan fungsi Newsstand, perkhidmatan permesejan – iMessage, integrasi Twitter secara lebih mendalam lagi. Pada masa yang sama, aplikasi kamera juga ditambah baik, membolehkan anda kini menangkap gambar dengan mudah terus melalui butang kawalan bunyi.

Selain daripada pengumuman iOS 5, Apple turut sama memperkenalkan peranti baru mereka iaitu Apple iPhone 4S, serta fungsi baru yang dipanggil Siri. Kami di Amanz akan membuat ulasan ringkas iOS 5 sebaik sahaja ia diperkenalkan kepada semua bermula minggu hadapan.


TIPS & ULASAN